Fakta Mengejutkan Filem Hina Nabi Yang Anda Perlu Tahu!


Filem Innocence of Muslims yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam telah menimbulkan kontroversi di seluruh dunia pada hari ini. Malah di Malaysia dan banyak negara lain (terutama Islam) telah menyekat akses video Youtube yang memaparkan filem kontroversi ini.

Berikut adalah beberapa FAKTA MENGEJUTKAN mengenai Filem Innocence of Muslim yang Anda Perlu Tahu:

1.Filem Innocence Of Muslims tidak lagi boleh diakses oleh sebahagian pelayar internet di Malaysia setelah pihak Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi tersebut atas desakan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

2.Akibat daripada penayangan Filem yang tidak bertanggungjawab  ini, Duta AS, ke Libya, Chris Stevens bersama tiga pegawai AS lain maut pada Selasa (11/9/2012) dalam serangan sekumpulan militan di Pejabat Konsulat AS di Benghazi.


3. Filem berbajet dan berkualiti rendah  ini  hanya berdurasi selama 13 minit.

4.Filem Innocence Of Muslims diarahkan oleh Sam Bacile Nakoula, 52, seorang lelaki berketurunan Mesir Kristian dari California, Amerika Syarikat (AS)


5. Video  pertama filem yang berdurasi 14 minit telah dimuatnaik di YouTube pada Julai 2012 bertajuk Kehidupan Sebenar Muhammad, dan Trailer Filem Muhammad . Trailers dialihsuara dlm bahasa Arab telah dimuat naik pada awal September 2012


6.Bantahan ganas terhadap filem itu tercetus pada 11 September di Mesir dan Libya. Protes merebak ke Yaman dan lain-lain negara-negara Arab dan Islam sepanjang hari-hari berikut dan termasuk serangan ke atas konsulat dan kedutaan AS.


7.Stesen TV pertama menyiarkan  petikan video YouTube Filem hina Nabi ini ialah Al-Nas TV, sebuah stesen televisyen Mesir Islamis pada  8 September, 2012

8.Menurut  Reuters filem ini menggambarkan Muhammad sebagai "seorang casanova, seorang homoseksual dan seorang pendera kanak-kanak

9. Pengikut Muhammad digambarkan sebagai "pembunuh ganas dahagakan kekayaan yang membunuh wanita dan kanak-kanak" menurut BBC. 


sumber: wikipedia, Kosmo, google

No comments:

Post a Comment