Lif Ke Angkasa Lepas Akan Jadi Kenyataan

Pernahkah anda berangan untuk menaiki lif yang sangat tinggi membawa anda sehingga ke atas langit? Jangan bunuh angan-angan sebegitu kerana ia mungkin akan jadi kenyataan suatu hari nanti.

Ini kerana sebuah syarikat binaan infrastruktur Jepun yang bernama The Obayashi Corporation berhasrat untuk membina lif ke angkasa lepas menjelang tahun 2050. Ia akan dijadikan tempat pelancongan yang berketinggian 20 000 batu ( 32 186 km ) dari permukaan bumi.

Bagi tujuan itu satu stesyen di bumi akan dibina dan satu lagi  di angkasa yang berketinggian 22 000 batu. Satu kabel akan menyambungkan kedua stesyen tersebut.

Kabel itu mestilah kuat dan sangat-sangat ringan. Untuk itu ia mungkin akan dibuat dari bahan carbon nanotubes.

Dengan kelajuan 125 batu sejam, satu perjalanan ke angkasa ini akan mengambil masa 8 hari dengan jumlah penumpang sebanyak 30 orang . Dalam lif tersebut akan dilengkapi dengan tempat penginapan dan juga makmal.

Selepas 5 hari perjalanan penumpang akan mengalami keadaan graviti sifar.

Walaupun bahan carbon nanotubes yang ada sekarang tidak cukup kuat untuk tujuan itu, syarikat tersebut optimis dengan perkembangan teknologi yang pantas. Apatah lagi dengan penemuan bahan sutera dari labah-labah yang dibahsuai genetik yang kini adalah bahan terkuat, akan dapat merealisasikan impian ini 35 tahun akan datang.



No comments:

Post a Comment