Otak Kanak-Kanak 2 Tahun Dibekukan Untuk DiHidupkan Semula Suatu Hari Nanti


                              Kanak-kanak ini menjadi manusia termuda dibekukan otaknya!



Seorang budak perempuan berketurunan Thai yang digelar Einz mati pada usia 2 tahun disebabkan oleh barah dalam otaknya . Ibu- bapanya bertekad untuk membekukan otak anak mereka sebagai peluang kedua hidup untuknya pada suatu hari nanti. 


Dengan bantuan perkhidmatan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, Alco , otak Einz dibekukan dengan kaedah cryogenic sejurus selepas kematiannya agar satu hari nanti ia boleh dihidupkan kembali. 

Beberapa minit selepas kematian anak kecil itu, cecair dalam badannya dibuang dan dimasukkan dengan anti beku agar apabila tubuhnya dibekukan tidak berlaku banyak kerosakan tisu. Proses yang dipanggil cryoprotection ini dibuat di Thailand. 

Selepas tiba di Arizona, otaknya pula di ekstrak. Ia kemudiannya disimpan pada suhu dibawah negatif 196 darjah Celcius. Hanya otaknya sahaja di awet daripada keseluruhan tubuhnya. 

 Ibu bapa Einz percaya dengan melakukannya, mereka sudah mengawet personaliti dan fikiran anak kecil itu. Mereka juga berharap inovasi dalam perubatan dan teknologi akan membawa kepada era baru 'kelahiran semula'. 

 Di dalam laman webnya, Alcor menyebut operasi tersebut sebagai suatu eksperimen. Mereka berharap pencapaian dalam perubatan dan teknologi dapat menyelamatkan nyawa dengan kaedah cryonics.



No comments:

Post a Comment