Syarikat Ingin Hidupkan Semula Orang Mati


Sebuah syarikat berhasrat untuk menghidupkan kembali orang mati pada tahun 2045.

Apabila syarikat lain mencuba untuk membangunkan robot pintar jelmaan si mati secara maya, syarikat yang dipanggil Humai ini sebaliknya ingin menghidupkan orang mati.

Bagaimana caranya?

Menghidupkan kembali memori si mati melalui teknologi kecerdasan buatan!

Bermula dengan merakamkan maklumat individu seperti gaya hidup, pola kelakuan, proses pemikiran dan fungsi tubuh secara keseluruhan dalam sebuah cip silikon menggunakan teknologi nano dan kecerdasan buatan (AI).

 Kemudian tubuh buatan bersama otak si mati itu akan di masukkan dengan teknologi sensor yang mengandungi kod maklumat cip tersebut.

Otak si mati dibekukan dan disimpan dengan menggunapakai teknologi cryonics.

CEO syarikat tersebut Josh Bocanegra juga optimis  pada masa hadapan mati adalah satu pilihan.

Walaubagamanapun teknologi pada masa kini masih belum berkemampuan untuk menyimpan maklumat neural seseorang untuk memenuhi keperluan syarikat tersebut. Kena tunggu 30 tahun akan datang....

No comments:

Post a Comment