Terkejut Melihat Tikus Di Planet Marikh

Tikus dilihat di planet Marikh.

Semasa membelek-belek imej yang diambil oleh rover NASA, Curiosity, seorang astronomer amatur mendakwa melihat binatang jenis rodensia yang hidup di planet Marikh.

Binatang itu kelihatan seperti tikus besar sedang berlari pantas di permukaan planet merah tersebut dan berukuran antara 60 hingga 90 cm panjang. Namun lelaki itu yang dikenali sebagai Joe White tidak menolak bahawa itu mungkin juga hanya ilusi optik.

Imej tersebut ditangkap pada hari ke 509 Curiosity berada di planet Marikh atau sol. Setiap sol mempunyai kiraan yang lebih panjang sedikit dari hari bumi iaitu 24 jam 37 minit.

Walaubagaimanapun pihak NASA masih tidak membuat sebarang pengumuman rasmi tentang penemuan tersebut.




No comments:

Post a Comment