Saintis Cipta Emas Paling Ringan Hampir Seringan Udara

Emas Paling Ringan Sekali Seringan udara

Emas teringan di dunia dihasilkan yang mengandungi emas 20 karat, 98% udara dan protein susu dihasilkan oleh sekumpulan saintis Switzerland.

Ia ringan disebabkan emas aerogel ini hampir keseluruhan dipenuhi udara. Beratnya beribu ganda lebih ringan daripada aloi biasa. Lebih ringan dari air dan hampir seringan udara.

Melihat ke dalam komposisinya,  ia terdiri daripada liang-liang. 4/5 daripada 2% bahan bukan udara yang membinanya, adalah emas 20-karat. Selebihnya ialah rantaian halus protein susu berukuran nano.

Ia dihasilkan melalui campuran larutan garam emas dengan gentian halus yang diperolehi daripada protein susu panas.

Ia kemudian dikeringkan menggunakan proses yang dipanggil pengeringan superkritikal (supercritical drying) untuk mengelakkan rangkaian halus yang terhasil antara gentian protein susu dan emas itu pecah.

Yang menariknya warnanya boleh diubahsuai dengan menambahkan sedikit zarah emas lain. Ini berpotensi untuk menjadi bahan perhiasan emas dengan pelbagai warna.

Potensi kegunaannya yang lain ialah sebagai pemangkin bahan kimia dan sensor tekanan halus yang baru yang menggunakan buih emas.

Sebagai pemangkin ia boleh membantu memprcepatkan tindakbalas kimia kerana mempunyai luas permukaan yang besar hasil daripada liang yang banyak.

Emas ini boleh menjadi sensor tekanan kerana pada tekanan atmosfera biasa, zarah-zarahnya tidak bersentuhan jadi ia tidak boleh mengalirkan elektrik.

Namun keadaan bertukar apabila tekanan meningkat, bahan didalamnya akan termampat yang menyebabkan saling bersentuhan antara satu sama lain lalu membuatkan ia bertukar menjadi bahan pengalir elektrik.


No comments:

Post a Comment