Kertas Boleh Simpan Tenaga Elektrik dihasilkan

Kertas yang boleh simpan tenaga elektrik

Sekumpulan saintis Sweden menunjukkan penghasilan kertas, namun bukan sebarang kertas sebaliknya kertas yang berkuasa kerana boleh menyimpan elektrik dengan kapasiti yang mengkagumkan.

 Kertas tersebut berukuran 15cm dan berketebalan kurang dari 0.5mm, ia boleh menyimpan kapasitan elektrik sebanyak 1 farad. Kebolehan  sama seperti yang digunakan oleh superkapasitor lazim dalam peralatan elektik pada masa kini.

Lagi pula boleh di cas semula hanya untuk beberapa saat. Kertas yang diperbuat daripada selulosa bersaiz nano dan polimer konduktif itu boleh dicas semula sehingga beratus-ratus kali.

Ia dihasilkan menggunakan filem nipis sebagai kapasitor dan dihasilkan dalam 3 dimensi.

Kertas berwarna hitam itu seperti plastik apabila disentuh. Namun kuat dan berkualiti.Ia ringan dan kalis air. Juga selamat digunakan.

Antara kelebihan kertas berkuasa tersebut ialah dibuat dari bahan mudah iaitu selulosa yang boleh diperbaharui dan polimer yang senang didapati.

Berbanding menggunakan bateri dan kapasitor pada hari ini yang menggunakan logam dan biasanya bertoksik.

Walaupun begitu masih ada beberapa perkara yang perlu ditangani sebelum ia boleh di komersilkan sebagai kertas yang boleh menyimpan tenaga elektrik.

No comments:

Post a Comment