Bagaimana Nak Tahu Jantina Daripada Cap Jari?

Tahukah anda kini jantina seseorang boleh dikesan hanya daripada cap jari.
Bagaimana ia dilakukan?

Melalui peluh pada cap jari tersebut.

Apabila kandungan biokimia dalam mendapan peluh pada cap jari itu dianalisis dapat mendedahkan jantina pemilik cap jari itu kerana kandungan asid amino dalam peluh wanita adalah dua kali lebih tinggi daripada lelaki.

Hasil penelitian awal oleh sekumpulan saintis forensik di State University of New York itu menunjukkan teknik ini berkesan sebanyak 99 peratus peluang untuk mengenalpasti jantina dengan tepat pada permukaan berbeza yang diuji. Antaranya   seperti tombol pintu, skrin komputer, komputer meja yang berlamina, bahan komposit dan kepingan polyethylene.

Pada masa hadapan penyelidikan akan diteruskan untuk mengenalpasti maklumat lebih terperinci cap jari individu tersebut seperti tua, muda dan juga keturunannya.


No comments:

Post a Comment