LiFi 100 Kali Ganda Lebih Laju Dari WiFi.

Guna cahaya mentol pun boleh dapat sambungan internet yang 100 kali ganda lebih laju daripada WiFi?

Itulah potensi teknologi baru LiFi yang boleh memindahkan data dengan peralatan pencahayaan rumah kerana ia menggunakan  cahaya nampak berbanding dengan WiFi yang menggunakan gelombang radio.



Apakah potensi LiFi?

Pemindahan data yang berkelajuan 100 kali lebih pantas daripada Wi-Fi.
WiFi boleh mencapai kelajuan sekitar 600 MB per saat sedangkan LiFi sehingga 224 GB per saat dengan menggunakan Komunikasi Cahaya Nampak (VLC).

LiFi dibawa oleh cahaya optik yang tidak boleh menembus dinding yang menyebabkan tahap keselamatan rangkaian setempat lebih tinggi berbanding WiFi.

Lifi dilihat berkebolehan untuk menghantar maklumat dalam julat frekuensi yang lebih tinggi daripada WiFi apabila beberapa kelemahannnya dapat di atasi.

Data internet diramalkan akan menjadi terlalu sesak pada 2019 nanti sehinggakan sambungan tanpa wayar hari ini tidak mampu menghadapinya. LiFi boleh menjadi penyelesaiannya.

Yang menariknya mentol lampu LED boleh dijadikan Penghantar LiFi dengan sambungan internet yang berkesan.

Ini dilakukan dengan menggabungkan PENCAHAYAAN (ilumination) dan PEMINDAHAN DATA TANPA WAYAR.

Penggabungan ini dilakukan secara automatik apabila mana-mana  peranti pencahayaan yang berpotensi dimasukkan dengan mikrocip.

No comments:

Post a Comment