Apa yang Gigi Beritahu Tentang Anda?


Rahsia Bentuk Gigi

Semua orang ingin memiliki gigi yang cantik kerana ia  dapat menambahkan kemanisan dalam senyuman. Bentuk gigi bukan sahaja boleh menjadikan gigi seseorang kelihatan cantik, malah juga boleh mengungkapkan perwatakan peribadi si pemiliknya.

Berikut ialah sifat-sifat istimewa yang dimiliki berdasarkan kepada bentuk gigi seseorang.


  1. Gigi Berbentuk Empat Segi Sama



Gigi berbentuk 4 segi ini menggambarkan anda seorang yang tenang dan sentiasa boleh mengawal diri. Namun kadang-kadang anda terlalu berdiplomasi. Walaubagaimanapun anda tetap bijak mengawal emosi.




 2. Gigi berbentuk bujur



Orang yang memiliki gigi sebegini biasanya seorang yang pemalu dan sensitif. Dia juga boleh jadi seorang yang suka bersedih. Namun pandai menguruskan hidup harian dan juga bersifat artistik.




 3. Gigi Berbentuk 3 segi


Jika anda mempunyai gigi berbentuk 3 segi anda memiliki perwatakan yang dinamik. Bersifat optimistik dan imaginatif. Sifat lain pemilik gigi ini ialah gemar bercakap dan sukakan kepada hidup bebas dan gembira.



 4. Gigi berbentuk 4 segi tepat

 Anda seorang yang kuat dan bertenaga. Bijak merancang, praktikal dan pandai menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment