Robot Sebagai Angkasawan

Robot humanoid sebagai angkasawan mungkin akan jadi kenyataan.

NASA akan bekerjasama dengan 2 universiti di Amerika Syarikat iaitu  Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Northeastern bagi membangunkan robot humanoid yang dapat bekerjasama dengan angkasawan di angkasalepas termasuklah dalam misi ke planet Marikh nanti.

Robot yang dipanggil R5 "Valkrie"  ini jika berjaya di bangunkan bukanlah robot humanoid pertama berada di angkasa namun ubahsuai dari prototaip R5 ini mungkin yang pertama ke planet marikh.

Robot boleh dihantar lebih awal bagi melaksanakan misi di angkasa sebelum manusia sampai.Misi jangka panjang program tersebut ialah untuk menghantar robot bersama-sama dengan angkasawan ke planet Marikh.

Pada masa hadapan tidak mustahil lebih ramai orang menganggur kerana robot sudah mengambil alih kerjaya manusia. Nasib badan...







No comments:

Post a Comment