Pokok Purba Cina Gugurkan Daun Keemasan di Tokong Buddha


Apabila musim luruh bermula pada pertengahan November, daun-daun emas pokok Ginkgo mula berguguran ke tanah menjadikan kawasan sekitar sebuah tokong Buddha di pergunungan Zhongnan itu seperti dibaluti rumput emas.

Keindahan yang terhasil daripada pokok Ginkgo yang berusia 1 400 tahun itu telah menarik kehadiran beribu-ribu pelancong dari seluruh China melawat ke Tokong Buddha Gu Guanyin itu.

Pokok Ginkgo mempunyai ciri-ciri primitif yang sama dengan fosil zaman dinosaur. Digelar fosil hidup, ia unik kerana ia tidak mengalami perubahan sifat walaupun persekitaran telah berubah sejak 200 juta tahun yang lalu.

Beginilah rupanya apabila Pokok Ginkgo purba China menggugurkan daun emasnya...







No comments:

Post a Comment