Rahsia Kening Dan Personaliti Seseorang

Kening bukan sahaja boleh melindungi mata dan mencantikkan wajah, bentuk kening juga boleh menyimpan rahsia personaliti seseorang. Cuba amati kening anda apakah bentuk yang terbentuk pada bahagian bawah dahi anda tersebut? Jom lihat rahsianya...

Makna -makna pada bentuk kening.

1.Kening lurus




Anda seorang yang boleh menjadi pelindung, boleh diharapkan dan  penyelesai masalah. Seorang yang mampu melaksanakan pelbagai tugas pada masa yang sama. Bijak apabila berhadapan dengan kerjaya dan masalah peribadi. Selalu dapat melakukan tugas dengan jayanya.



2. Kening melengkung bulat





Seorang yang bekerja keras. Bekerja dengan rajin sehingga kesuntukan masa kerana anda mementingkan kesempurnaan. Sangat sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pelukis atau pereka kerana jiwanya artistik dan pandai dalam pemilihan warna.



3. Kening yang condong ke atas




Anda adalah seorang pemimpin secara semulajadi. Seorang yang unik dan kompetitif. Semangat anda disuntik oleh bilangan saingan yang ada. Lebih banyak saingan lebih kuat anda kerja kerana anda tidak sukakan kekalahan.


4. Kening yang jatuh




Berhemah dan peramah. Mudah beremosi dan bersimpati. Menjadi tempat mengadu yang baik. Kadangkala masalah orang lain bertukar menjadi masalah anda.


5. Kening melengkung bersegi

 


Seorang yang bertanggungjawab. Tidak bersikap berat sebelah, adil dan senang beri kerjasama. Seimbang dari segi emosi dan tindakannya.


Bagaimana? padan tak dengan personaliti anda? Jika tidak anggaplah hanya untuk suka-suka sahaja.













No comments:

Post a Comment