Bolehkah Kereta Pandu Sendiri Disaman?


Apabila gambar kereta pandu sendiri Google ditahan polis menjadi viral kerana memandu terlalu perlahan, pelbagai soalan timbul yang melingkari tentang kereta tanpa pemandu itu.

 Google menjelaskan kereta prototaipnya itu ditetapkan pada kelajuan 40km sejam atas alasan keselamatan, dan untuk memberi imej ramah dan mesra kepada kawasan kejiranan yang dilalui.

Namun soalan yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana jika berlaku kemalangan? Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kereta jenis itu? Syarikat atau pun penggunanya yang mana akan dipersalahkan?

Perlukah kereta itu mengorbankan 'diri' nya malah 'penumpang' sekali untuk menyelamatkan lebih ramai orang yang mungkin dilanggar? Jika begitu untuk apa pengguna membeli produk yang tidak menjamin keselamatannya?

Menurut pengarah program pemanduan automatik Volvo, Marcus Rothoff, pengguna mesti mempercayai sistem itu. Idea di masa hadapan ialah penumpang tidak perlu memberi perhatian kepada apa yang dibuat oleh kereta tersebut sebaliknya hanya menikmati kelebihan yang ada padanya.

Google mendakwa keretanya dapat membantu pelbagai golongan yang mempunyai halangan memandu seperti warga tua, atau individu dengan masalah tertentu. Ia juga berbangga setelah 1.2 juta batu (1.9 juta km) perjalanan langsung tidak mendapat surat saman.

No comments:

Post a Comment