Kod Kuantum Berjaya Ditulis pada Cip Silikon

Kod kuantum berjaya ditulis pada cip silikon.

Sekumpulan jurutera Australia menunjukkan bagaimana menulis kod kuantum pada mikrocip silikon.
Pencapaian ini signifikan kerana potensinya untuk menulis aturcara pada komputer kuantum yang sangat berkuasa.

Bagaimana mereka melakukannya?

Dengan entangle 2 bit kuantum dengan ketepatan tertinggi yang pernah direkodkan.

Dalam keterkaitan kuantum (Quantum Entanglement), apabila satu zarah diukur walau terpisah oleh jarak beribu-ribu kilometer serta-merta akan mempengaruhi keadaan zarah satu lagi yang terkait dengannya.

Inilah yang dipraktikkan oleh jurutera di Universiti New South wales.

2 zarah terkait ialah elektron dan nukleus dalam atom fosforus tunggal yang berada dalam mikrocip silikon. Apabila keduanya di kaitkan (entangled) bermaksud keadaan elekton bergantung sepenuhnya kepada keadaan nukleus.

Hasilnya ialah jika menggunakan 2 bit tradisional, dalam satu masa ia boleh menjadi salah satu daripada 4 kod digital yang mungkin iaitu (00, 01, 10 atau 11). Sebaliknya  dengan 2 bit terkait pula ia lebih luas seperti 00+11, 00-11, 01+10 atau 01-10.

Ini menyebabkan lebih banyak perkataan dapat ditulis, melarikan algoritma berbeza yang mengecilkan bilangan langkah-langkah yang perlu dibuat. Dengan entangle lebih banyak zarah, lebih banyak kod kuantum kompleks dihasilkan untuk memulakan aturcara komputer kuantum.

Kejayaan ini juga bermakna teknologi kuantum ini mudah disesuaikan dalam komputer yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment